Cucur Badak

Bahan-bahan :
Untuk inti:
1) ½ biji kelapa parut
2) 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
3) 1 ulas bawang putih
4) 3 biji bawang merah
5) 7 tangkai lada merah
6) 1 cm halia
7) 1 batang serai
8) 1 sudu teh serbuk kunyit
9) 2 sudu makan gula
10) ½ sudu teh garam
11) 2 sudu makan minyak masak

Untuk doh :
1) 250 gram keledek (rebus dan lenyek)
2) 3 ½ sudu makan tepung gandum
3) ½ sudu teh garam
4) ½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara :-
Untuk inti:
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk kuih :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

CHOCOLATE PUDDING CARAMEL

CHOCOLATE PUDDING CARAMEL
Bahan-bahan :
Bahan Karamel
75g gula pasir
10ml air

Cara
1.Masukkan gula dan air dalam periuk dan masak hingga bertukar warna keperangan.
2.Tutup api dan tuang dalam bekas kecil.
3.Biarkan sejuk dan mengeras.
Bahan Kastrad
400ml susu cair
20g coklat chip ( semi-sweet )
3 biji kuning telur
2 biji telur
65g gula pasir

Cara
1.Whisk telur dan kuning telur bersama gula hingga gula larut.
2.Panaskan susu hingga berwap.
3.Masukkan coklat dan gaul hingga coklat larut.
4.Tuang dan tapis dalam bancuhan telur tadi sambil whisk sebati.
5.Kemudian tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi.
6.Ambil loyang dan tuang air panas di dalamnya.
7.Kemudian susun bekas yang berisi puding karamel tadi ke dalam loyang yang berisi air panas.
8.Bakar 20 - 25 minit 150'c ( waterbath )
9.Biarkan sejuk 2 - 3jam


APAM BERAS

Bahan-bahan :
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 3/4 cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
1 bungkus yis mauripan 11 gram
kelapa parut dgn sedikit garam
pewarna ikut suka nak colour apa..saya guna pewarna 'merah jambu ' star* brand

Cara Penyediaan
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan kisar tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.jika terlalu pekat anda boleh kisar 1/2 dari adunan tadi dan satukan semula semua adunan. JANGAN DITAMBAH AIR.
5. Perap selama 3 jam. bila dah cukup 3 jam...masukkan pewarna dan kacau sebati.
6. Panaskan pengukus dan letakkan acuan acuannya sekali didalam tingkat kukus dan hendaklah dibalut penutupnya dengan kain..bila acuan dah panas masukkan adunan .( acuan tu kena sapu minyak sikit untuk elak lekat)
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

Petua supaya jadi cantik:
kalau mahu apam ni merekah....
..tudung pengukus mesti dibalut kain. bancuhan jangan terlalu cair kena pekat. yis tu pastikan tidak luput tarikh. acuan kena panaskan dulu dlm pengukus sebelum masukkan adunan. kena guna api kuat sepanjang mengukus. jangan buka tutup buka tutup tudung pengukus tu....biar cukup masa 15 minit baru boleh buka tudung. tak akan hangus! cuba lg. lama lama anda akan pandai buat dan tahu dimana silapnya.