My Recipes For All
Kerabu Daging Ala Thai
Bhn2nya
π250 gm daging
π1 bj Bawang holland
π3 bj cili padi / cili besar kalu xsuka pedas
π2 tangkai daun ketumbar
πTimun
π2 renjis sos ikan .
πSos cili thai
Cara2nya
π1. Rebuskan daging . Angkat dan hiris nipis2
π2. Timun dipotong mancis ..( kalu nak letak carrot/ mangga muda pon ok)
π3. Bawang holand, cili padi, cili besar juga dihiris nipis . Daun ketumbar potong2 .
π4 . Campurkan semua bhn2 , sos ikan , sos cili thai dan sedikit air rebusan daging.
π5. Rasa dulu , kalu nak tambah garam pon ok . Tp bg knita renjisan sos ikan tu dah cukup masin nya.
π6 . Inshaa allah ..selamat mencuba.
RESEPI IKAN BILIS BEREMPAH
1) segenggam ikan bilis
2) 11/2 sudu teh serbuk kari ikan
3) 1 sudu teh tepung beras
4) 7 tangkai daun kari
5) 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
Perap ikan bilis dengan serbuk kari dan tepung beras selama 5~10 minit. Goreng macam biasa, kemudian masuk bawang putih dan akhir sekali masukkan daun kari. Bila ikan bilis dah garing bolehlah angkat dan toskan.
RESEPI SOTONG MASAK CILI PADI
Sotong – di cuci bersih dan dipotong kecil-kecil
1 biji bawang besar – di hiris
2 biji tomato – buang biji dan potong panjang
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil cuka
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan yang perlu ditumbuk :
5 ulas bawang putih
Secubit jintan manis
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
15 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan masing-masing
Cara-cara membuat:
1. Tumiskan kesemua bahan yang ditumbuk bersama bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga sampai naik aroma
2. Masukkan sotong dan gaul bersama bahan tumisan sehingga sotong kembang sedikit
3. Kemudian masukkan garam, gula dan cuka
4. Akhir sekali masukkan bawang besar dan tomato kemudian masaklah sehingga sebati, jika rasanya sudah ok bolehlah diangkat.
kredit:CT Manis
RESEPI BURUNG PUYUH BEREMPAH
5 ekor puyuh sedang
bawang besar – di tumbuk
halia- di tumbuk
cili kering- dimesin
biji ketumbar,jintan manis dan jintan puteh- disangai dan dimesin
serai- di mesin
garam dan gula secukup rasa
CARA - CARA MEMBUATNYA
Gaulkan semua bahan-bahan di atas pada puyuh yang telah di bersihkan,
perap sekurang-kurangnya sejam,
bolehlah digoreng atau di bakar.
Resepi Kuew Teow Goreng Basah
Bahan-bahan :
Kuew Teow
Sedikit udang
Sedikit kerang rebus - kupas kulitnya
Sebiji telur
2 keping tauhu goreng
Secekak kucai
Sebiji tomato
Lada merah - dihiris
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Sos tomato
Kicap masin
Caranya :
Bersihkan kuew teow dan toskan.
Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan udang, kerang, garam.
Pecahkan telur.
Masukkan sedikit sos tomato, kicap dansedikit air.
Masukkan tauhu goreng, tomato dan cili merah.
Masukkan kuew teow dan daun kucai.
Sesuaikan rasa dengan garam dan kicap.
Siap
kredit: Ct Manis ( Google Plus)
RESEPI AYAM CILI HIJAU PEDAS
BAHAN-BAHAN
600gm ayam | diperap dengan serbuk kunyit dan garam
20 biji cili padi hijau | dikisar halus
7 ulas bawang putih | dikisar halus
50ml air asam jawa
1 biji bawang besar | dihiris bulat
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis dan menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panasakan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga garing. Angkat dan tos.
2. Luakkan minyak dari dalam kuali, panaskan semula dan tumis bahan kisar sehingga garing dengan api perlahan.
3. Setelah itu, perasakan dengan garam secukup rasa. Tambahkan air jika perlu. Biarkan kering.
4. Kemudian, masukkan pula bawang besar. Kacau mesra.
5. Akhir sekali, letakkan ayam di atas pinggan dan tuangkan sambal hijau yang dimasak ke atas ayam tersebut. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit: Ct Manis ( Google +)
Cucur Badak
Untuk inti:
1) ½ biji kelapa parut
2) 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
3) 1 ulas bawang putih
4) 3 biji bawang merah
5) 7 tangkai lada merah
6) 1 cm halia
7) 1 batang serai
8) 1 sudu teh serbuk kunyit
9) 2 sudu makan gula
10) ½ sudu teh garam
11) 2 sudu makan minyak masak
Untuk doh :
1) 250 gram keledek (rebus dan lenyek)
2) 3 ½ sudu makan tepung gandum
3) ½ sudu teh garam
4) ½ kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-cara :-
Untuk inti:
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
Untuk kuih :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.
CHOCOLATE PUDDING CARAMEL
Bahan-bahan :
Bahan Karamel
75g gula pasir
10ml air
Cara
1.Masukkan gula dan air dalam periuk dan masak hingga bertukar warna keperangan.
2.Tutup api dan tuang dalam bekas kecil.
3.Biarkan sejuk dan mengeras.
Bahan Kastrad
400ml susu cair
20g coklat chip ( semi-sweet )
3 biji kuning telur
2 biji telur
65g gula pasir
Cara
1.Whisk telur dan kuning telur bersama gula hingga gula larut.
2.Panaskan susu hingga berwap.
3.Masukkan coklat dan gaul hingga coklat larut.
4.Tuang dan tapis dalam bancuhan telur tadi sambil whisk sebati.
5.Kemudian tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi.
6.Ambil loyang dan tuang air panas di dalamnya.
7.Kemudian susun bekas yang berisi puding karamel tadi ke dalam loyang yang berisi air panas.
8.Bakar 20 - 25 minit 150'c ( waterbath )
9.Biarkan sejuk 2 - 3jam
APAM BERAS
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 3/4 cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
1 bungkus yis mauripan 11 gram
kelapa parut dgn sedikit garam
pewarna ikut suka nak colour apa..saya guna pewarna 'merah jambu ' star* brand
Cara Penyediaan
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan kisar tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.jika terlalu pekat anda boleh kisar 1/2 dari adunan tadi dan satukan semula semua adunan. JANGAN DITAMBAH AIR.
5. Perap selama 3 jam. bila dah cukup 3 jam...masukkan pewarna dan kacau sebati.
6. Panaskan pengukus dan letakkan acuan acuannya sekali didalam tingkat kukus dan hendaklah dibalut penutupnya dengan kain..bila acuan dah panas masukkan adunan .( acuan tu kena sapu minyak sikit untuk elak lekat)
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.
Petua supaya jadi cantik:
kalau mahu apam ni merekah....
..tudung pengukus mesti dibalut kain. bancuhan jangan terlalu cair kena pekat. yis tu pastikan tidak luput tarikh. acuan kena panaskan dulu dlm pengukus sebelum masukkan adunan. kena guna api kuat sepanjang mengukus. jangan buka tutup buka tutup tudung pengukus tu....biar cukup masa 15 minit baru boleh buka tudung. tak akan hangus! cuba lg. lama lama anda akan pandai buat dan tahu dimana silapnya.
AYAM MASAK HALIA
►500 gram ayam, potong kecil
►4 ulas bawang putih, hiris nipis
►2 cm halia, dihiris halus memanjang
►1 sudu besar kicap cair
►1 sudu besar sos tiram
►1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
►1 biji cili merah, hiris nipis
►1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
►1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
►minyak masak, untuk goreng ayam
►sedikit lada sulah atau lada hitam
►sedikit garam dan kunyit
►garam dan gula, secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawang dan hidangkan.
SIZZLING MEE
►2 gulung yee mee
►Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
►4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
►5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
►3 inci halia (diketuk)
►5 ulas bawang putih (dicincang)
►5 batang Sawi(dipotong dan dicelur)
►4 sb Kicap pekat - aku main tuang je..x kira berape sudu
►4 sb Sos tiram - ni pun same
►3 cawan air - kalau nk kuah byk letak la lebih
►2 bj Telur
►1 sb tepung jagung
►Serbuk Lada Hitam
►Minyak secukupnya untuk menumis
►Garam secukup rasa
Cara-cara:-
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
3. Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.
4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih,kemudian tutup api.
5. Panaskan hot plate,masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.
6. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.
MEE UDANG
►1 kg mee kuning
►500 gram udang saiz besar
►4 sb lada kering kisar
►4 biji bawang merah dikisar
►3 ulas bawang putih dikisar
►1 sb udang kering - rendam, tos dan kisar
►1/2 inci halia kisar
►2 sb sos tomato
►1 sb sos cili
►1 sb petis
►2 biji keledek kuning/kentang - rebus dan lenyek lumat
►gula
►garam
►taugeh - celur, toskan
►sawi - celur, toskan
►2 keping tauhu - goreng, dadu kecil
►3 biji telur - rebus, potong 2
►bawang goreng
►daun bawang - hiris
►3 batang cili merah - hiris
►3 biji limau kasturi - potong 2
Cara-cara:
►Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang dan asingkan.. Air rebusan jgn buang....
►Tumis lada boh hingga garing... Tumis pulak bahan kisar.... hingga betul garing dan naik bau....
►Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili dan petis... Renehkan kuah
►Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing-masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
►Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
►Celur mee, taugeh dan sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah dan taburlah dgn daun bawang, bawang goreng, hirisan lada merah, potongan tauhu goreng dan telur rebus. Perahkan jus limau kasturi kalau suka.
►Makanlah dengan kuah yang banyak baru umph.:))
MEE SOTO
MEE MAGGI GORENG MAMAK
Bahan-bahan:
►360 gm Maggi
(rendam maggi dengan air panas. kejap je.. then toskan jangan bagi kembang sangat tau..kalau terlalu kembang nanti masa goreng hancur lembik2.
►*1 biji bawang besar
►*6 ulas bawang putih
►*segenggam udang kering
► (kisar semua bahan2 bertanda *)
►10 tangkai cili kering(rendam dgn air panas dan kisar)
►tauhu
►sedikit taugeh dan sawi
►udang,kerang,sotong,dada ayam dan daging yang dipotong nipis
►kicap manis,sos cili dan sos tiram secukupnya
►daun sup dan daun bawang
Untuk hiasan:
►bawang goreng
►cili merah
►daun sup dan daun bawang
►telur mata
►tomato
►timun
►limau kasturi/nipis
Cara:
1. Tumis bawang dan bahan kisar tadi sehingga naik bau
2. Bila dah naik bau, masukkan cili kering yang dikisar.
3. Bila dah terbit minyak masukkan sos tiram dan kicap..letak agak2..kalau boleh jangan letak garam dulu ok.. sebab sos tiram dan kicap nanti dah masin...
4. Masukkan pula daun sup dan daun bawang
5. Kacau rata
6. Masukkan sotong,udang,kerang,isi ayam dan daging
7. Kacau sehingga ayam dan daging nampak kecut..
8. Masukkan tauhu
9. Masukkan Maggi
10. Jangan lupa masukkan taugeh dan sawi..
11. kacau semua sehingga mesra rakyat.hahaha.
12. Kalau colour tak cukup cantik... masukkan sos cili dan kicap lagi..then gaul2... rasa garam...
nak sedap masukkan sikit ajinomoto.. tapi kalau nak jaga kesihatan.. tidak payah letak ok.
ok..siap dah untuk dihidangkan...
MEE KARI
►1 bungkus mee
►3 peket kecil serbuk kari daging – campur dgn sedikit air.
►2 pelepah daun kari
►Udang sederhana besar
►1 kg Kerang – direbus hingga air mendidih aje, tutup api dan perisikan.(kalau rebus lama, rasa manis kerang akan hilang)
►1 mangkuk santan
Bahan tumbuk:
►3 biji bawang besar
►3 ulas bawang putih
►1 inci halia
►Segenggam udang geragau/ udang kepal
Bahan hiris:
►Isi ayam
►Daging
►Fish ball
Bahan hiasan:
►Tauhu – goreng dan hiris.
►3 pokok sawi
►Cili merah
►Daun sup/daun bawang
►Tauhu khas utk mee kari – optional.
►Taugeh
Cara memasak:
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga kari betul2 masak.
2. Masukkan daging dan ayam, gaul hingga daging layu. Masukkan santan dan air secukupnya. Biar hingga mendidih. (Kalau lebih suka lemak, boleh tambah santan).
3. Masukkan fish ball dan kerang. Biar mendidih dan daging empuk.
4. Akhir sekali masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak sebentar sahaja utk mengekalkan manis udang.
5. Didihkan air dlm periuk berasingan. Sementara tu cuci mee 3 kali utk buang rasa kapur mee. Toskan. Masukkan dlm besen dan tuang air mendidih tadi. Gaul 2 minit je dan toskan.
6. Celur juga sayur sawi dan taugeh secara berasingan.
7. Hidangkan.
** Jangan masak sayur sekali dlm kuah kari. Nanti kuah cepat basi. Kalau takde sayur dlm kuah tu, kuah boleh bertahan lama.
MEE HAILAM
►300gm udang sederhana besar
►300gm daging ayam
►3 ekor sotong saiz besar
►1 peket fish ball
►1 peket mee
►3-4 cawan air
►1-2 sudu besar cili kisar
►3-4 sudu besar kicap manis
►1 sudu besar kicap cair
►2 sudu besar sos tiram
►1 sudu kecil minyak bijan
►1 sudu besar sos cili
►2 sudu besar sos nampla
►2 biji telur
►Sedikit sayur sawi
►Sedikit bunga kobis
►1 batang carrot
►2 biji tomato masak ranum
►Sedikit tepung jagung dan air - dibancuh
►Garam secukup rasa
►Daun sup dan cili merah secukupnya
►Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .
CARA-CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .
-Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .
- Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .
- Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .
MEE GORENG LADA HITAM
►500 gm mee kuning - basuh dan toskan
►500 gm udang saiz sederhana kecil - kupas kulit
►450 gm daging - potong kecil, rebus empuk
►1 ikat sawi - kerat ikut suka
►1 biji tomato - belah dua dan hiris nipis
►5 ulas bawang putih - parut/cincang halus
►1/2 inci halia muda - parut/cincang halus
►2 sb sos tiram
►kicap pekat - banyak mana ikut suka, kalau suka mee hitam lebihkan
►1-2 sb lada hitam - kisar kasar
►1 sk serbuk knorr
►secubit garam
Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan lada hitam. Bila naik bau masukkan daging.
Kacau, kemudian masukkan udang pula.
2. Bila udang sudah kemerahan, masukkan kicap pekat, sos tiram, serbuk knorr dan garam secukup rasa.
3. Bila sudah sebati, masukkan mee kuning, diikuti tomato dan sawi. Gaul kacau secara merata.
4. Bila sudah mesra bolehlah dihidangkan bersama lada jeruk.
MEE GORENG BASAH BERKUAH
►1 kg mee kuning
►1 sudu besar bawang putih kisar
►4 sudu besar bawang merah kisar
►8 sudu besar lada kering kisar - kalau suka pedas boleh tambah beberapa sudu lagi yang korang suka
►2 biji tomato - belah 6
►Taugeh
►Sawi atau kucai
►2 biji telur
►Fish cake
►Fish ball
►Garam
►Gula
►Serbuk perasa
►Kicap manis - agak-agak ler tu seimbangkan rasa manis dan masin
►Air atau stok air daging @ udang jika ada
►Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
• Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga garing. Masukkan fish cake dan fish ball. Tambah dengan air ikut banyak mana kuah yang kita nak. Jangan terlalu banyak pulak.
• Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan kicap manis. Biar sekitika hingga kuah mendidih.
• Masukkan terlur, biar mengeras sedikit dan kacau rata.
• Masukkan sawi, mee dan gaul rata.
• Masukkan taugeh dan tomato, padamkan api. Gaul rata.
• Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Selamat mencuba!
UDANG GORENG BUTTER
Bahan-bahan:
►15 ekor udang saiz besar
►3 sudu butter
►2 biji kuning telur
►sedikit daun kari
►sedikit cili padi
►serbuk kunyit & garam
►sedikit minyak tu menggoreng
Cara:
1. Lumur serbuk kunyit dan garam pada udang.
2. Panaskan minyak dan bila udang hampir masak, masukkan daun kari dan cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, biarkan minyak panas dan masukkan butter. Biarkan butter cair dan minyak betul-betul panas.
4. Sementara tu, kacau telur bagi rata dan tuang terus dalam kuali tadi dan masukkan udang yang telah digoreng tadi.
5. Kacau rata dan angkat. Tabur bawang goreng dan siap untuk dihidangkan.
SOTONG GORENG TOMYAM
Bahan-bahan:
►5-6 ekor sotong sederhana besar
►1 labu bawang besar - mayang
►1 inci halia - mayang
►5 biji bawang putih - mayang
►3 batang serai - ketuk
►daun limau purut
►cili api
►sos tiram
►kunyit
►garam
►minyak masak
►tomato -belah 4@6
►carrot - potong kecil panjang2
Cara:
►1. Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit.
►2. Bawang besar, bawang putih, halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau.
►3. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api.
►4. Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi, masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kemudian masuk tomato dan carrot. Kacau lagi.
►5. Apabila sotong sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
LALA MASAK SERAI PEDAS
►Bahan-bahan:
►500gm lala
►1 inci halia
►3 ulas bawang merah
►3 ulas bawang putih
►5-6 biji cili padi
►2 biji cili besar (nak letak cili giling pun boleh)
►2 batang serai - diketuk
►1 labu bawang besar - potong nipis
►gula dan garam secukup rasa
►sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Lala direndam seketika untuk membuang kandungan pasir yg ada, bilas bersih.
2. Tumbuk cili padi, cili besar, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi sehingga garing, masukkan serai dan
bawang besar, biarkan seketika.
4. Letakkan garam dan gula secukup rasa, jika kering tambahkan sedikit air.
5. Masukkan lala dan tutup kuali seketika (3-5 minit).
6. Jika cengkerangnya dah terbuka menandakan lala dah masak. kaup balikkan sehingga mesra @ sekata.
7. Hidangkan, sedap dimakan panas-panas.
LAKSE KELATE
Oleh:Cik Sue
BAHAN-BAHAN ( untuk laksa 1 Kg)
10 biji bawang merah **
4 ulas bawang putih **
1/2 inci halia**
4 keping asam keping
6 ekor ikan yang sudah direbus ( rebus dengan 3 asam keping + 1 sdb Garam Kasar)
( ciksue guna ikan selayang ( ikan sardin) , sebab ikan ni manis) ( TIPS 1)
Santan ( 1 biji kelapa)
Garam, gula
1/4 cawan air asam jawa
1/2 keping gula melaka ( Nise)
1/2 sudu kecil belacan
sedikit Ajinomoto...( optional)
4 sudu kecil kerisik
Cara buat kerisik :
Amik segengam kelapa yang nak buat santan tu, korang jemur dalam 15 minit then goreng tanpa minyak sampai garing kekuningan.... lepas tu korang tumbuk guna lesung batu sampai keluar minyak... Selesai.
CARA-CARA
1. kisar bahan yang bertanda **** dan tuang dalam periuk
2. Amik ikan yang sudah direbus dan asingkan tulang-tulang ikan, lepas tu, blend ikan bersama 1 cawan santan sedikit... Mak ciksue pesan better guna santan drpada guna air sb tak nak kuah cair nanti.. ( TIPS 2)
3. Selesai blend semua ikan-ikan tadi, korang boleh la masukkan dalam periuk tadi.
4. Masukkan Santan, baru boleh nyalakan dapur gas tu..ehhehh ( TIPS 3)
5. Then masukkanlah kerisik, air asam jawa, asam keping,garam, gula, gula melaka, belacan.
6. Kacau la sehingga mendidih.. INGAT!!! kena sentiasa kacau sampai la mendidih untuk elak kuah tu jadi biji-biji macam telur ikan. (TIPS 4) ... cara ni juga untuk dapatkan tekstur kuah tu halus jerrr...hehehe
7. Nak lagi sedap, kalau rumah korang ade budu, boleh masukkan 1/2 sudu budu dalam kuah ni.. tapi jangan budu yang kaler merah tu... budu ori yang kaler kelabu tu...heheh ( TIPS 5)
Dah selesai... amacam senang kan... ciksue siap share tips-tips lagi tau,,,, untuk korang dapatkan kuah laksa yang sedap ni... senang ke tak senang....
So untuk makan laksa ni mesti la ulam-ulam kena ada kan... so korang boleh la hiris ulam ni halus-halus... antara ulam yang selalu ciksue guna ialah
* Timun Batang
* Kacang Panjang
* Kubis
* Bunga kantan
* Pucuk-pucuk ( ketereh, serai kayu, pegaga)
* Taugeh
* Daun kesum
Laksam
Oleh: Azie Kitchen
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam
Satukan(campurkan) semua bahan dan kacau rata supaya tidak bergentel.
Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btg serai - ketuk
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Garam
Gula secukup rasa.
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.
Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis
Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
Kisar kesemua bahan di atas
Bahan lain
Belacan
Garam
Cara Menghidang:
Masukkan laksa/laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang di atas laksam tadi. Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal.
LAKSA TERENGGANU (KUAH MERAH)
Bahan-bahan
1 kg laksa biasa [rebus sehingga lembut dan toskan]
Bahan Ulaman [hiris halus]
1 kuntum bunga kantan
150 gm kacang panjang
100 gm taugeh
50 gm gajus
200 gm kubis bulat
100 gm timun
50 gm daun kemangi/selasih
Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam
Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.
Bahan utk kuah:
600 gm ikan selayang
1500 ml santan [1 biji kelapa]
50 gm gula melaka
60 gm kerisik
60 gm rempah gulai bunga rose
5 keping asam keping
80 ml minyak masak utk menumis
garam secukup rasa
Bahan mesin
100 gm cili
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
Cara membuat:
1. Ikan di rebus kemudian dibuang tulang dan dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. masukkan santan, asam keping, isi ikan, garam, kerisik dan gula melaka.
4. masakkan kan sehingga kuah naik minyak dan sederhana pekat serta bangkit baunya.
5. Hidangkan laksa bersama kuah, ulaman dan sambal belacan.
LAKSA LEMAK MELAKA
OLEH: MAT GEBU
BAHAN KUAH LAKSA
50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)
BAHAN LAKSA
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok")
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis
BAHAN SAMBAL TUMIS
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :- Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan segera...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat dalam kuantiti yang sikit, rempah tu tak payah habiskan, boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan pada masa lain. Kalau guna susu cair, masukkan susu akhir sekali dan didih kan sekejap saja, untuk mengelakkan susu berketul2...Sambal tumis tu pun kalau tak habis boleh simpan. Kot2 nak goreng nasi ke, goreng mee hoon ke, boleh lah digunakan sebagai perencah segera...












